Archive for February, 2006

aku dan kamu

Tuesday, February 28th, 2006

di mulai dengan basmallah…
ba’da selawat dan tahmid

pagi damai
tatkala ku buka mata
alhamdulillah ku kira jasadku masih bernadi

tatkala mentari di puncak kepala..
rakyat dunia kelihatannya bertawadhuk
masakan?
kamu berjalan tundukkan wajah…
hanya memandang tanah…
masyaAllah…
begitu bagus?
oh tidak..
oh bukan…
mahu lindungi muka dari hitam bakar…
kaget andai kulit muka mulus jadi kudis
namun tak semudah itu kamu lindungi dirimu
dari api neraka panas

ceritakan padaku bagaimana kamu lindungi kulit kamu dari percikan jahannam…itupun jika kamu mampu…
jangan sewenang-wenangnya mendabik dada tentang hukuman dan balasan ALLAH!

usah risau…
sezarah kebaikan budi akan di bilang juga nanti
usah cemas…
sezarah kejahatan lakumu tetap d’timbang akhirnya

kamu tahu apa yang aku fikirkan setiap hari?
tubuhku jadi kecut bila fikir tentang mati
bibirku membiru
rasa jantung berhenti
takut andai tika itu aku sedang lalai…
aku ini bukan ‘alimah sprt kamu…

lalu ku basahi diri dengan wudhuk
moga-moga ia dapat menyinari anggota badanku
lalu ku bentang tikar putih…
dalam doa ku hadap tangis

"ya Rabbi matikan aku dalam keadaan suci dan bersih dari dosa…ampunkan segala dosaku..maafkan daku atas semua perkara..dan…matikan aku sebagai syahidah, matikan aku sebagai syahidah,matikan aku sbg seorg syahidah…ameeen"

ku harap kalian juga mengaminkan untukku…
jangan bakhil dalam mendoakan
kelak para malaikat akan mendoakan kamu
masyaALLAH…doa para malaikat siapa tak mahu..
aku juga doakan kamu semua…
doanya rahsia..
namun yg pasti akan menyenangkan sahabat…

malam nanti..
sebelum pejam mata
perbaharui wudhukmu… juga wdk ku
perbaharui imanmu …dan imanku
perbetulkan niatmu dan…. juga niatku
pastikan malam tidurmu dalam bersih
pastikan malam ini kamu suci dari noda
pastikan kamu sujud pd pemberi nyawamu mlm ini
pastikan kamu taubat nasuha dalam sujudmu itu
mengapa pula??
rencana Tuhan
mungkin kamu bisa bertemunya pd malam ini…
untuk selamanya
siapa tahu kan??
tentunya si DIA lebih ‘Ariff dan Maha Tahu

" fa bi ayyi alaai Rabbikuma tukadziban…"
Wallahu a’lam.

~~ "pemilik 2 cahaya mata" selagi 2 mata ini masih mampu melihat….

saat2 kematian mendatang menghimpit diri

Saturday, February 18th, 2006

Di mulakan dgn Nama Tuhan Yang Menciptakanku serta selawat dan salam buat Rasulullah tercinta.

ana cuma nak kongsi sedikit dengan sahabat semua bab2 kematian…

sebenarnya ana baru saja attend program kem ibadah…bebudak yang satu course sumer ade la tadi. pengisiannya quite ok, tapi yg paling ana suka adalah bab pengurusan jenazah. waktu ustaz tu nak tunjuk cara2 memandikan mayat…ana teringat pada arwah makcik ana,orang pertama yang ana mandikan (hatta hanya disuruh mandikan bahagian kaki sahaja)…dan waktu ustaz tu tunjukkan cara2 untuk mengkapankan mayat, ana teringat waktu ana mengajar arwah moyang ana mengucap kalimah suci pada waktu getir saat tiba nazaknya…waktu tu hanya ana sorang saja ada di rumah..dan sebaik selepas tu arwah kembali kepada Rabb…masih terbayang2 lagi saat2 sukarnya tatkala Malaikat datang mengambil nyawa arwah…ana menangis di sisinya…(walaupun ana ketika itu seorang yang sgt keras hati dan paling susah nak nangis).ana rasa takpuas lagi untuk berbakti pada arwah moyang ana…namun ajal dan maut di tgn Allah semata…

kemudian..di waktu ustaz melakonkan bagaimana cara utk mengucup si mati ana hampir2 mahu menangis kerana terkenangkan insan yang paling ana sayang dan sangat rindu sampai sekarang…iaitu arwah adik ana…A’immatul Iffah…nama yang mampu menggugah jiwa ana..di saat2 nazaknya ana sempat membacakan surah yassin buatnya…kemudian,ana sekali lagi di suruh untuk mengajar arwah mengucap dua kalimah suci kerana bonda ana menyatakan arwah seakan2 menunggu ana untuk mengajarkannya menyebut syahadah…waktu itu sbenarnya ana sedang jadi committee utk Ta’aruf Week prog..atas belas kasih dan terharu mdm Abbazaimah suruh 2 org commttee hntar ana ke hosptal…memang waktu tu sangat sedih dan menghibakan…ana dapat lihat tanda2 kebaikan pada arwah di saat sakaratul maut…dahinya berpeluh…ana cium dahinya…kedua matanya basah…ana sapu dengan lembut agar tidak menyakitinya…dan hidungnya sedikit lebar…menampakkan ketenangan dan kemudahan buatnya untuk kembali ke sisi Sang Penciptanya…perginya dia dengan keadaan yang amat tenang..tiada noda apatah lagi noda terpalit di tubuhnya…senyuman terukir indah tatkala memandikan jenazahnya…dan awan memayungi jenazah di kala waktu memakamkannya…Subhanallah…MasyaAllah…Allahu Akbar…sungguh bertuah adikku itu…bisa bertemu Allah di syurga abadi…masakan tidak? arwah di saat di talkinkan cuma berusia sembilan saja…tanda2 pun sudah di beri tunjuk..lega hati ana…biarlah dia bersama kekasihnya disana…kerana itu yang terbaik untuknya…

Bagi kita yang masih di sini…bisakah atau layakkah mendapat nikmat seperti itu di saat kita mati nanti???ana sendiri mengharapkan sebegitu…buat diriku dan sahabat2 sejatiku moga malam2 hari tidurmu dan matimu dalam keadaan suci kerna Dia sukakan yang bersih dan sangat sayangkan yang suci….

Wallahu’alam…

As-Syahid Syeikh Ahmad yassin

Wednesday, February 15th, 2006

Salaam…

Selawat dan salaam ke atas Rasul junjungan Muhammad salallahu ‘alaihi wassallaam..

Kala fajar hendak terpedam

Mentari pun belum bersinar

Sebongkah dendam membara

Memburu sang hamba bersahaja

Raganya tak seperti kita

Namun semangatnya menembus semesta

Dari kerusi roda menggoncang dunia

Untuk kemerdekaan Palestina

Darah memuncak menyirami bumi

Tubuhnya terhempas tercabik

Namun dia hidup di sisi Illahi

Dalam nikmat abadi

Selamat jalan hai mujahid

Doa kami mengiringi

Dengan jiwa nan tenteram suci

kepada Allah kembali…

Pic04_2

Pemergian As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin memberi goncangan yang kuat pada seluruh ummat Muhammad SAW…gugurnya dia menyuntik semangat juang yang luar biasa buat seluruh rakyat Filistine…aku juga terasa serpihannya…saat akhir nafasnya musuh teriak kegembiraan namun mereka sebenarnya telah silap…Perjuangan ke atas mereka yang kejam lagi zalim akan terus berlangsung di bumi Filistin…lagi hebat..lagi dasyat…lagi kuat dan bersemangat!mungkin pemergiaanya telah lama di ketahui namun semangatnya masih aku rasai…bukan aku memuja namanya tapi aku mengagumi perjuangannya…bisakah ada lagi orang-orang kita yang bangun menentang kemungkaran dan kejahatan sepertinya???? Berani mencabar mereka yang bodoh tuli??aku masih menanti siapakah di antara kita yang berani berdiri dengan kaki sendiri yang diberi oleh Tuhanmu untuk menegakkan agama suci ini…aku acapkali berimpian untuk ke sana…bersama para mujahidah Filistina…berjuang mempertahankan Kiblah kedua dan tanah suci sejarah para anbia’…adakah aku layak untuk turut serta bersama mereka???

Ya Rabbi…berikanlah kemenangan untuk ummat Muhammad…berikanlah kebebasan kepada ummat Muhammad…berikanlah kedamaian buat ummat Muhammad…Ameen….__tn_aqsa