PEJUANG HIZBULLAH DAN PALESTINE

July 27th, 2006 by alfaqirah-ilallah

HIZBULLAH DAN PALESTINE

Syiah di Lubnan


Di dalam membicarakan tentang Hizbullah kita tidak dapat lari daripada membincangkan perihal komuniti Syiah di Lubnan. Lubnan merupakan sebuah negara Arab yang unik. Lubnan merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai latar belakag agama dan mazhab. Kristian dari pelbagai gerejanya, seperti Maronites (yang dominan), Ortodoks, Katolik, Muslim Sunni dan Muslim Syiah, Druze dan lain-lain lagi merupakan di antara pluralisme masyarakat Lubnan. Keunikan ini telah menyebabkan mereka terpaksa bersatu di bawah sistem demokrasi versi kepuakan (taifiyyah). Sistem ini juga telah menjadi sebahagian daripada perlembagaan mereka. Kononnya sistem tersebut bertujuan untuk menjaga keharmonian. Pada hakikatnya bukanlah keharmonian yang ingin dijaga, tetapi kepentingan kaum Kristian Maronites yang merasakan ketuanan mereka di bumi tersebut. Bayangkan bilangan mereka yang kurang dari 30% dan dikelilingi oleh majoriti umat Islam, tetapi mereka mempunyai kuasa yang lebih dan berpengaruh di negara tersebut

Di kalangan kesemua kelompok itu, Syiah merupakan golongan yang paling minoriti dan lemah pada asalnya. Awal kurun ke-20 sehingga tahun 60′an telah menyaksikan bagaimana kelompok Syiah merupakan golongan yang terkebelakang dalam bidang ekonomi, pelajaran dan juga sosial. Mereka lebih dikenali sebagai kelompok yang mengasingkan diri dan sering dilayan sebagai warga kelas kedua di Lubnan. Walau bagaimanapun hal ini telah mula berubah pada tahun-tahun 70′an. AMAL, sebuah pertubuhan yang menjadi payung kepada masyarakat Syiah, terutamanya di kawasan selatan Lubnan telah berusaha memperjuangkan nasib dan hak mereka sebagai rakyat Lubnan. AMAL adalah singkatan kepada "Afwaj al-Muqawimah al-Lubnaniyah" (Batalion Penentangan Lubnan) dan AMAL di dalam bahasa Arab membawa maksud "Harapan". .

Perubahan ini disebabkan oleh kehadiran Musa Sadr, seorang ulama berketurunan Syiah Najaf yang tinggal di Iran telah berhijrah ke selatan Lubnan. Sebagai anak murid kepada Khomeini dan seorang ulama Syiah yang disegani beliau telah berjaya menyatukan kelompok Syiah di Lubnan yang sebelum itu bepecah belah. Beliau seorang pemimpin yang amat karismatik. Ucapan-ucapan beliau telah dapat menarik ramai pemuda-pemuda Syiah untuk bangkit dan memperbaiki kehidupan mereka. AMAL yang diasaskan oleh beliau telah berjaya menyatukan para pemuda Syiah untuk melakukan perubahan terhadap kehidupan masyarakat syiah di sana. Anak-anak muda yang sebelum itu kebanyakannya terpengaruh dengan fahaman kiri dan sosialis kini telah kembali ke jalan agama dan ke jalan Syiah yang dibawa oleh Sadr.

Hassan Nasrallah berjaya menggerakkan tentera-tenteranya menyerang rejim Zionis di selatan Lubnan.



Beliau telah berjaya meniupkan semangat revolusi di dalam hati para pemuda Syiah dengan membawa ideologi "Jihad Karbala" yang berinspirasikan kematian Hussein, cucu Rasualullah SAW yang telah dibunuh oleh Yazid bin Muawiyah(10 MUHARRAM). Pada thaun 1975, ketika meletusnya peperangan saudara di Lubnan, Sadr telah menubuhkan sayap ketenteraan AMAL. Keadaan sosio ekonomi golongan Syiah yang teruk itu telah mendorong ramai pemuda Syiah untuk menyertai sayap ketenteraan tersebut. Sikap tidak puas hati terhadap golongan Kristian Maronites yang berkuasa di Lubnan dan juga ahli Sunnah yang dominan juga telah mendorong AMAL untuk bersikap radikal.

Pada tahun 1978, ketika berkunjung ke Tripoli, Libya, Musa Sadr telah diculik dan hilang sehingga hari ini. Kehilangan beliau telah menimbulkan rasa marah para pengikutnya yang telah diterjemahkan kepada sikap radikalisme dan kesungguhan untuk berjuang demi Syiah. Walaupun beliau telah hilang, namun semangat revolusi beliau dan juga karismatik beliau sentiasa berada di dalam hati-hati para penganut mazhab Syiah di Lubnan sehingga ke hari ini. Setiausaha Agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah sehingga kini sentiasa menyebut nama Sadr di dalam ucapan-ucapannya. Bagi Nasrallah, Sadr merupakan ikon kepada perjuangan Syiah di Lubnan.

AMAL dan AMAL Islamiyyah

Kehilangan Sadr telah membawa perubahan di dalam AMAL. Perkembangan AMAL yang drastik dan juga kemajuan mereka telah membawa pertubuhan tersebut menceburkan diri ke dalam bidang politik. AMAL, pasca Sadr telah dipimpin oleh golongan professional Syiah dari kalangan pemuda mereka. Nabih Berri, seorang peguam dan wakil golongan profesional Syiah telah diberikan amanah untuk memimpin AMAL. Di bawah pimpinan Berri, AMAL telah bertukar menjadi sebuah pertubuhan nasionalis Syiah. Beliau lebih memperjuangkan nasib Syiah sebagai rakyat Lubnan dan memastikan golongan Syiah mendapat peranan yang lebih di dalam sistem politik Lubnan. Hal ini telah membuatkan golongan agama dan pemuda-pemuda pro-Iran tidak puas hati dengan Berri. Bagi mereka, tujuan asal penubuhan AMAL menurut inspirasi Sadr adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam seperti Iran.

Pada tahun 1982, satu peristiwa besar telah berlaku dan telah menyebabkan AMAL terus berpecah. Penjajahan rejim Zionis ke atas Lubnan dan juga operasi "Peace in Galilee" yang dilancarkan oleh Sharon pada ketika itu telah merubah lanskap AMAL. Rejim Zionis yang telah menerima kekalahan besar pada awalnya. Ini dapat dilihat pada angka kematian 500 tentera mereka akibat operasi tersebut, sepertimana yang telah disebutkan oleh Robert Fisk di dalam bukunya Pity the poor nation. (Lihat: Fisk (1992), Pity, London: Oxford Univ. Press, hal. 270). Kerugian yang amat besar di pihak Zionis ini telah memaksa pati Likud yang memerintah pada waktu itu untuk menerima usul AS demi menyelesaikan isu penjajahan tersebut. Likud terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana bimbang kehilangan sokongan rakyat terhadap mereka akibat kerugian besar di alami oleh pihak tentera rejim lewat peperangan itu.

Ronald reagen, Presiden AS pada waktu tersebut telah menghantar Philip Habib sebagai wakil mereka untuk menyelesaikan peperangan tersebut. Philip telah menjadi orang tengah di antara rejim Zionis dengan kumpulan-kumpulan di Lubnan. Presiden Lubnan pada waktu itu, Ilyas Sikis telah membentuk Jawatankuasa Penyelamat Nasional yang terdiri daripada lima orang wakil kelompok-kelompok di Lubnan. Berri merupakan salah seorang daripada mereka. Melalui perbincangan dengan Philip, beberapa keputusan telah dicapai. Antaranya, Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk gencatan senjata dan juga mengahalau para pejuang PLO yang berpusat di Lubnan keluar daripada negara tersebut. Perkara ini telah mendapat bantahan umat Islam secara majoriti di Lubnan. Presiden Lubnan yang baru naik menggantikan Sirkis, Rached Karami sendiri telah membantah keputusan tersebut. Menurutnya, ia adalah pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan perjuangan menentang penjajahan Zionis. Keputusan tersebut juga dianggap bertentangan dengan inspirasi rakyat Lubnan yang ingin menghalau tentera Zionis keluar daripada negara mereka.

Walaupun sepanjang tempoh penjajahan Zionis, sayap ketenteraan AMAL telah mendapatkan momentum mereka. Malangnya, apabila Nabih Berri menyertai Jawatankuasa Penyelamat Nasional tersebut, pendokong AMAL, terutamanya golongan agama, para pemuda dan mujahidin telah menentang beliau. Perkara tersebut telah memaksa Hussain Musawi, orang nombor dua di dalam AMAL untuk membuat bantahan terbuka. Krisis tersebut telah cuba diselesaikan oleh Iran yang ingin menjadi orang tengah. Malangnya Berri enggan tunduk kepada keputusan Iran yang dilihat menyebelahi Musawi. Natijahnya, Musawi dan ramai dari kalangan anggota AMAL meninggalkan AMAL secara beramai-ramai dan berpusat di Baalbak, di Lembah Bika. Di sana, pada 12 Julai 1982, dia telah menubuhkan AMAL al-Islamiyyah. AMAL al-Islamiyyah ini menurut beliau adalah usaha untuk mengekalkan keaslian ajaran Khomeini dan juga Sadr di kalangan pengikut Syiah Lubnan. Kemunculan AMAL al-Islamiyyah ini merupakan titik awal tertubuhnya Hizbullah.

Pengawal Revolusi


Peperangan di antara Zionis dan rakyat Lubnan telah mengundang campurtangan Iran. Pada waktu yang sama penubuhan AMAL al-Islamiyyah, Iran telah menghantarkan lebih 1500 pengawal revolusi mereka ke sana melalui Syria. Pada asalnya, tujuan para pengawal yang merupakan para komando revolusi Iran itu adalah untuk menyertai peperangan membantu rakyat Lubnan melawan rejim Zionis. Keadaan pejuang Syiah Lubnan yang serba kekurangan dan juga tidak terlatih telah menukar haluan para pengawal tersebut. Mereka telah mengambil peranan sebagai pelatih kepada para pejuang Syiah AMAL al-Islamiyyah dengan pelbagai latihan peperangan. Mereka juga telah mendidik para pemuda Syiah dengan ajaran Syiah yang sebenarnya dan juga doktrin-doktrin Khomeini. Akhlak, kesungguhan dan juga semangat para pengawal revolusi telah berjaya menawan hati penganut Syiah Lubnan. Di samping melatih para komando AMAL al-Islamiyyah dan mendidik mereka dengan ajaran agama, para pengawal tersebut juga tidak ketinggalan melakukan usaha-usaha kebajikan kepada masyarakat Syiah yang serba dhaif di Lubnan. Bermula dari saat inilah Syiah di Lubnan mula menjadi salinan karbon kepada kerajaan Syiah Iran.

Para pengawal ini pada akhirnya telah berjaya menukarkan kawasan Bika kepada kawasan yang dikuasai sepenuhnya oleh Syiah berteraskan ideologi revolusi Iran. Rakyat Syiah Lubnan yang paa asalnya telah putus asa untuk berjuang telah berjaya dipulih semangat untuk berjuang. Di bawah panji "Kehancuran bagi negara Zionis" yang dilaungkan oleh Khomeini, para pemuda Syiah Lubnan telah bangkit untuk memperjuangkan kemerdekaan Lubnan dan berusaha untuk membebaskan al-Aqsa. Antara para pemuda Syiah Lubnan yang telah dilatih oleh para pengawal tersebut ialah Abbas Musawi, pemimpin tertinggi pertama Hizbullah. Antara fenomena baru yang berlaku pasca kedatangan pengawal revolusi juga ialah budaya cadur dan bertudung. Wanita-wanita Syiah Lubnan pra-kedatangan para pengawal tersebut adalah seperti wanita-wanita Lubnan yang lain. Budaya bertudung bukanlah sesuatu yang popular di kalangan mereka. Namun enam bulan selepas kedatangan para pengawal segalanya telah berubah selaras dengan kesedaran beragama di kalangan masyarakat Syiah Lubnan, terutamanya di kawasan Bika.

Di bawah dua slogan dan doktrin tersebut, akhirnya pada tahun 1983, penyatuan kumpulan-kumpulan Syiah tersebut telah menubuhkan Majlis Syura Lubnan.

Pengaruh revolusi ini akhirnya merebak ke selatan Lubnan yang didominasi oleh masyarakat Syiah. Suasana penjajahan Zionis dan juga peperangan yang berlaku di selatan telah mempercepatkan lagi pengaruh revolusi untuk tersebar. Para pejuang Syiah telah menunjukkan kehandalan mereka bertempur dengan tentera Zionis secara militia. Perkara ini telah menyebabkan tentera Zionis menghadapi tentangan yang hebat dan juga kerugian nyawa yang banyak. Pencapaian yang mengkagumkan ini telah berjaya menarik ramai lagi para pemuda Syiah untuk menyertai jihad menentang Zionis.

Hizbullah

Projek jihad Syiah ini semakin berkembang. Pelbagai arus dan individu yang berpengaruh telah menyertainya, namun setipa kumpulan dan setiap individu mempunyai agenda yang tersendiri. Iran telah mengambil peluang untuk menyatukan mereka di bawah dua doktrin utama, "Bersatu di bawah Wilayah al-Faqih (Khomeini)" dan "Bersatu menentang Zionis". Khomeini yang telah diziarahi oleh para pemimpin kumpulan-kumpulan Syiah Lubnan tersebut telah merestui penyatuan mereka dan menyeru mereka agar meneruskan perjuangan. Di bawah dua slogan dan doktrin tersebut, akhirnya pada tahun 1983, penyatuan kumpulan-kumpulan Syiah tersebut telah menubuhkan Majlis Syura Lubnan. Mereka dipimpin oleh kepimpinan kolektif yang dianggotai oleh para ulama, iaitu Said Abbas Musawi, Syeikh Subhi Tafeili, Syeikh Hassan Korani, Said Hassan Nasrallah, Syeikh Muhammad Yezbek, Syeikh Afif al-Nablusi, Said Ibrahim Amin dan beberapa anggota profesional seperti Hussain Musawi, Muhammad Fineish dan Muhammad Ra’ad.

Penyatuan ini telah berjaya menarik minat Syiah di selatan Lubnan untuk menyertai mereka. Kebanyakan Syiah di Selatan Lubnan, samada bersama AMAL ataupun merupakan mantan komando PLO. Mereka telah menjadi komando PLO sewaktu zaman kegemilangan PLO di zaman 70′an menentang Zionis. Di bawah restu Khomeini dan juga Iran, para komando-komando tersebut akhirnya menyertai penyatuan Syiah yang baru ini. Mereka akhirnya telah dilantik menjadi para komando Majlis Syura Lubnan dan berjuang untuk tujuan revolusi Syiah. Usai penubuhan Majlis Syura Lubnan, pertempuran dengan tentera penjajah Zionis menjadi semakin intensif. Majlis Syura Lubnan akhirnya telah menggunakan syiar "Kami adalah Hizbullah (kumpulan Allah)" bersumberkan Surah al-Maidah (5): ayat 55-56.

Syiar atau moto ini akhirnya ditukarkan menjadi nama rasmi kepada kumpulan Syiah tersebut pada awal tahun 1984 menggantikan nama "Majlis Syura Lubnan".

"Hizbullah - Revolusi Islam Lubnan" telah dipilih oleh Majlis Syura Lubnan menjadi nama baru mereka. Walau bagaimanapun nama ini tidak dihebahkan kepada umum. Nama tersebut hanya popular di kalangan kepimpinan dan pejuang Hizbullah sahaja. Mereka lebih menonjolkan nama "Perjuangan Penentangan Lubnan" sahaja di dalam media dan di khalayak ramai. Mereka juga telah cuba menonjolkan diri mereka sebagai gerakan politik dan cuba menempatkan diri di dalam lanskap politik Lubnan.

Antara jasa Hizbullah kepada masyarakat Lubnan adalah keupayaan mereka untuk menghalau tentera rejim Zionis daripada Bairut dan selatan Beirut. Mereka juga telah berjaya membuatkan tentera-tentera Zionis berundur sehingga ke selatan Saida. Di Saida mereka telah membina pejabat rasmi Hizbullah. Di sana jugalah para pemuda Syiah yang lebih radikal telah mengambil keputusan meneruskan jihad melawan tentera Zionis tanpa memperdulikan strategi pertahapan Hizbullah di dalam peperangan. Kumpulan ini kemudiannya diketuai oleh Syeikh Ragheb Harb yang telah berjaya memimpin beberapa operasi melawan tentera Zionis. Di atas usaha para pemuda inilah akhirnya pengaruh Hizbullah telah merebak ke Selatan Lubnan.

Hizbullah dan 1559

Kematian Rafiq Hariri, mantan Perdana Menteri Lubnan pada tahun 2005 telah merubah lanskap politik Lubnan. Syria telah dituduh terlibat di dalam komplot pembunuhan tersebut. PBB akhirnya telah mengeluarkan ketetapan 1559 yang menggesa Syria mengeluarkan tentera mereka yang berada di seluruh Lubnan demi mengawal Lubnan dari serangan Zionis. Ketetapan itu juga memaksa Hizbullah agar melucutkan senjata mereka demi keamanan di Lubnan. Syria terpaksa akur dengan tuntutan tersebut walaupun mereka tahu ianya akan membahayakan rakyat Lubnan sendiri. Malangnya agenda yang dipaksakan ke atas mereka ini telah berjaya mendapat sokongan rakyat Lubnan yang pro-AS sendiri.

Oleh kerana kerajaan Lubnan tidak mempunyai kekuatan ketenteraan yang hebat, maka kekuatan ketenteraan Hizbullah telah menjadi pelengkapnya.

Hizbullah pula, semenjak awal lagi telah menentang ketetapan tersebut. Mereka tahu bahaya yang bakal diundang jika mereka melucutkan senjata. Tindakan tersebut hanya akan menjadikan Lubnan berada di dalam keadaan yang sangat lemah dan amat terdedah kepada serangan Zionis. Inilah yang telah berlaku pada hari ini!

Kini, rejim Zionis menggunakan sepenuh kuasa lobinya dan juga media untuk memaksa UN membuatkan Hizbullah mematuhi ketetapan 1559.

Hizbullah dan HAMAS


Hizbullah mempunyai hubungan yang amat istimewa dengan HAMAS. Walaupun dari segi aqidah dan juga prinsip mereka berbeza, namun mereka sedang menghadapi situasi dan musuh yang sama. Kedua-dua pertubuhan tersebut mempunyai objektif yang sama, iaitu untuk memerdekakan al-Aqsa dan juga Palestin. Mereka sedang menghadapi musuh yang sama, iaitu penjajah Zionis. Di dalam keadaan seperti ini, kedua-dua kumpulan ini terpaksa melupakan perselisihan aqidah di antara mereka. Berbeza dengan hubungan Syiah-Sunnah di Iraq, hubungan di antara Hizbullah -HAMAS agak berbeza. Mereka bersetuju di antara satu sama lain di dalam banyak perkara, terutamanya yang berkaitan dengan isu penentangan terhadap rejim Zionis. Hubungan ini semakin dikuatkan dengan kunjungan-kunjungan dan juga perbincangan yang berterusan di antara kedua-dua buah pertubuhan pembebasan tersebut.

Walaupun dari segi aqidah dan juga prinsip mereka berbeza, namun mereka sedang menghadapi situasi dan musuh yang sama.

Di kala HAMAS dan rakyat Palestin dihukum oleh rejim Zionis, AS dan EU, Hizbullah telah bersikap pro-aktif. Usaha jahat rejim Zionis membunuh orang awam Palestin di Gaza, menculik para pemimpin kerajaan HAMAS, menangkap rakyat yang tidak berdosa pasca operasi "al-Wahm al-Mubaddad" tidak langsung mengundang reaksi daripada kebanyakan pemimpin-pemimpin umat Islam. Bukan sekadar tidak membantu, malah mereka juga bagaikan bisu dan tuli dengan tidak membuat apa-apa usaha mengutuk ataupun menggesa rejim Zionis agar menghentikan keganasan tersebut. Di kala rakyat Palestin bagaikan yatim piatu yang terbiar disiksa dan disembelih oleh rejim Zionis, pada waktu itulah Hizbullah terpakasa menunaikan janji persahabatan mereka. Tindakan mereka menyerang tentera Zionis di sempadan Lubnan merupakan usaha suci Hizbullah untuk melarikan tumpuan Zionis daripada terus menerus menyiksa rakyat Palestin. Walaupun Hizbullah tahu harga yang terpaksa dibayar, namun demi mengajar puak Zionis dan menyelamatkan nyawa lebih ramai rakyat Palestin di Gaza, mereka terpaksa melakukannya.

Ke mana seterusnya

Persoalan yang timbul, kemanakah seterusnya?, apakah kesudahan Hizbullah? Adakah mereka akan dapat bertahan dan menggempur tentera-tentera Zionis dan mengulangi kegemilangan mereka menghalau mereka seperti pada tahun 2000 yang lalu ? Berjayakah mereka menuntut supaya para tahanan mereka di dalam penjara-penjara Zionis sebagai pertukaran dengan dua orang tentera Zionis yang telah ditawan? Apakah mereka akan kalah dan berjaya dihapuskan terus dari bumi Lubnan seperti yang diimpikan oleh rejim Zionis ?

Jikalau soalan itu yang sedang kita fikirkan, maka ada soalan yang lebih besar lagi…kemanakah OIC ?, Ke manakah perginya para pemimpin umat Islam ?, ke mana juakah perginya semangat ukhuwwah di kalangan umat Islam ?, Apakah pemimpin-pemimpin umat Islam dan kerajaan mereka semuanya buta, tuli, pekak, pondan, pengecut, bengap, bahalol dan tiada "bola"?…hanya diktator-diktator yang korup di cooffee house yang bernama OIC sahaja yang mampu menjawabnya! "

NOTE:artikel sepenuhnya dr palestinkini.info

~RALAT…:kaitan btween syiah,revolusi Islam Lubnan,tahun 1982-1985 @ 1406H, 10Muharram.."Jihad Karbala" yang berinspirasikan kematian Hussein, cucu Rasualullah SAW yang telah dibunuh oleh Yazid bin Muawiyah(10 MUHARRAM). = 1406H@1985 walid ke Lubnan utk revolusi Islam Lubnan…10 Muharram 1406…akhirnya ketemu jawapan…(biarlah persoalan ini dan jawapannya menjadi rahsia antara Aku dan Al-Malik)

AKUM..?..apa makna sebenarnya??

July 13th, 2006 by alfaqirah-ilallah

Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang2 Yahudi untuk orang2 bukan yahudi yang bermaksud ‘ BINATANG’ dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘ HAMBA2 BINATANG DAN ORANG2 SESAT’.. Pada zaman dahulu, orang2 Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang dianggap tuhan. Orang2 Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang2 bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka. Adalah lebih baik jika kita menggantikan perkataan akum tu kepada salam=peace dlm bahasa arab.. Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum w.b.t secara keseluruhan… Jika anda sayangkan umat Islam,adalah lebih baik anda sebarkan kepada kawan2.

note from Ma’ruf ‘06

——————————————————————————–

HiZbul IsLaMi

June 27th, 2006 by alfaqirah-ilallah

PESANAN DARI PEJUANG ISLAM….

Umat Islam di Malaysia sekalian, Kami

akan terus berjuang. Kami akan terus

tetap dalam perjuangan sIntifadaehinggalah

setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya…

Sahabat yg baik adalah seiring dgnku & menjaga nama baikku ketika aku hidup @ selepas aku mati. hulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan krn aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka & duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.." -imam shafie

no TItLE

June 27th, 2006 by alfaqirah-ilallah

Plaestin Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi… lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan. Wahai Sahabatku, Sebarkanlah pesanan ini kepada sahabat lelaki anda sebagai renungan pada diri mereka dan dalam memilih bakal isteri

Hari-hari yang menakutkan…Jagalah Allah,Allah menjagamu…

May 23rd, 2006 by alfaqirah-ilallah

Assalammua’laikum….salawat dan salaam buat nabi junjungan utama dan ahli keluarga baginda…

Buat sahabat2 yg sedang membaca,semoga kalian senantiasa dinaungi limpahan Rahmah dan hidayah Nya..

Alhamdulillah…Allah, ku bersyukur atas segala nikmat yang Engkau limpahkan buat diriku yang senantiasa diapit kenikmatan dari Mu ini…

Segala apa-apa dan bila-bila yang Engkau berikan pdku ku tadah syukur sesyukur-syukurnya buatMu Ya Rabb…

Ingin ku coretkan secebis kisah yang ku kira amat membingungkan fikiran dan juga mindaku..

begini,kejadian tersebut berlaku kpdku petang tadi…jam 3.30 ptg,23 may 06…tempatnya kurasa lebih baik jika ianya dirahsiakan..

sebenarnya hal ini berkisar dgn jemputan untuk menghadiri Qiamullail di kuliyyah ku,aku telah diberi amanah untk mengedar dan menjemput sahabat2 0r students lain  utk menyertai Qiamullail…kerjaku adlh memberi handbills kpd member2 yg kukenali…lalu ku hulurkan sekeping hanbills kpd seorang gadis comel yg juga merupakan classmate aku…bila terbaca shj tajuk depan handbills tersebut,dia sangat terkejut dan terus membuang handbills tersebut seolah-olah terbaca sesuatu berita yg amat-amat menakutkan dan menggerunkan!aku bertanya mengapa begitu? lantas si gadis dgn selamba menjawab,"ish,takutlah nak pg qiamullail nih!buat gapo nak ikut sama?ish…takutlah!taknak2."lantas si gadis berlalu pergi…aku? tergamam buat beberapa ketika…aku kaget lagi bingung…pertama kali ku dengar perkataan "takut untuk bersolat malam" 

Lantas ku berifkir…apa yg telah terjadi pada fikiran si gadis tersebut?adakah sesuatu telah menghijabnya dari menerima kebenaran?lantas aku jadi sedih…ku fikir,yg ku ketemu tadi hanya seorang dari beribu dan mungkin beribu gandanya lebih dari yg kuketemu tadi…kalian faham maksudku? bagaimana jemputan untuk beribadah berqiamullial dapat dikatakan menakutkan?andai dikira semula,aku bukannya menjemput mereka pergi kerumah hantu atau pergi berjumpa dgn jin…yang ku war-warkan adlh sebaik2 ajakan…aduh!lantas ku jadi lebih bingung!bagaimana seorang gadis Islam berbicara sebegitu?sangat kasihan kurasakan…Tuhan,berikan mereka hidayah…kurniakan cahaya keimanan agar terbuka hati mereka…Tuhan,sayangi mereka…sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang.

kurasakan pipi ku ini panas..malu!bukan malu pd si gadis tadi…tetapi malu pd Allah…malu pada rasulullah saw…malu pd para alim ulama dahulu kala…mereka sangat suka dan cintakan Qiamullail…mereka sering bangun di waktu sunyi untk berkasih denganNya…mereka cinta untuk bertahajjud…mereka sentiasa dambakan solat hajat dan menjadikan amalan2 sunnah yg lain sbgai santapan yg wajib buat mereka setiap hari…enak nikmatnya…

namun kini?

kalian sendiri lebih tahu…umat Islam semakin lena dlm pangkuan Iblis dan sekutunya…tugas kita semakin bertambah getir!banyak perkara harus kita fikirkan,banyak idea perlu kita lancarkan,dan banyak amalan2 sunnah yg perlu kita semua ketengahkan…kasihan sahabat2 kita yg  di luar sana…mereka mencari2…dan ianya adalah amanah bagi kita untuk meghulurkan tangan membantu mereka…kalau bukan kita siapa lagi?ku ulang..kalau bukan kita siapa lagi?berhentilah mengharapkan orang lain utk membuat kerja Islam…adalah lebih baik kita sendiri yg melakukannya dr terus menunggu dan menanti orang lain yg membutanya…kalau bukan diri sindiri siapa lagi akan buat?perkara yg baik jgn terlalu menangguh dlm melaksanakannya.

Rasulullah salallahu a’alihiwassallaam bersabda bermaksud;

" Bertaqwalah kamu kepada Allah di man pun kamu berada, iringilah kesalahanmu dgn kebaikan niscaya ia dapat menghapuskannya dan pergauilah semua manusia dengan budi pekerti yg baik." (HR Tirmidzi)

"Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah,niscaya Dia akan sentiasa akan bersamamu. Bila kamu meminta sesuatu, mintalah kepada Allah,dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.Ketahuilah, jika semua ummat amnusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu,niscaya merka tidak dpt melakukannya kecuali dgn sesuatu yg telah di tulis oleh Allah bagimu,dan jika semua manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah di tulis oleh Allah bagimu. Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering."

~ALLAH CINTA PARA MUJAHID…jAGALAH ALLAH,ALLAH AKAN MENJAGAMU..~

FAISAL TEHRANI VS GUBRA. MUST READ!

May 4th, 2006 by alfaqirah-ilallah

aSSALAMUALAIKUM warahamatullah…

all of u try baca blog ni…ana ambil from blog faisal tehrani sendiri…komen yg berani dari beliau tlh membuka mata kita semua…moga sahabat semua peroleh manafaat.

—>Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan

Oleh Faisal Tehrani
Gubra ialah sebuah filem bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya Petronas, lawak yang meraban merapek, pembelaan terhadap inter-faith commission, geng sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai orang mahu percaya diri mereka memahami sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam kurungan istidraj yang sesat lagi menyesatkan.
Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini dibaur-baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah jenis Islam yang ditolak oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir musyrikin, Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah berhijrah ke Madinah. Islam jenis inilah yang baginda telah menegaskan andai bulan dan matahari pun diletakkan di kiri kanan baginda, tidak ada apa yang dapat merubah baginda dari menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.

Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah.
Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin Ahmad: Saya mahu paparkan tentang kisah dan sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam keadaan gubra. Kerana gubra ramai di antara kita tidak reti untuk menghargai kasih sayang. Selain itu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui Gubra ialah tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005).
Saya tidak memahami apa yang indah dan gelap atau lucunya Gubra. Saya tahu filem, mise en scene dan segalanya. Saya tak pandang semua itu. Sesekali saya malah berasa terhina dengan adengan-adengan filem ini. Lakonan sehebat mana sekalipun telah dimualkan dengan inti yang sungguh menyesak lagi menyesatkan ini. Kerja cahaya atau sinematografi yang handal sekalipun tak dapat menenggelamkan kelucahan dan kekeliruan yang diutarakan.
Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya, semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh).
Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun filem yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan, dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan, belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan malah menghina persoalan amar makruf nahi mungkar. Peluk sana cium sini seolah-olah tema kasih sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas dan garis panduan.
Ukurlah skala iman anda.Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup maka dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup maka dengan hatinya, yang demikian itu selemah-lemahnya iman."

Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa aspek amar makruf nahi mungkar merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim. Apatah pula berada di pihak seorang Bilal yang mewakili institusi keagamaan.
Amar makruf nahi mungkar adalah wajib berdasarkan banyaknya ketentuan hukum dalam kesepakatan para ulama, berdasarkan Alquran, hadis, ijma, dan akhlak yang mulia.
Lihat sahaja ayat 71 surat At-taubah, ayat 104 dan 110 surat Ali ‘Imran, Allah jelasnya telah mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru para ulama bersepakat tentang wajibnya amar makruf nahi mungkar, cuna ia berbeza dalam tingkatan wajibnya samada wajib ‘ain dan wajib kifayah.

Andai kata wajib ‘ain, maka setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf nahi mungkar, akan tetapi dengan wajib kifayah, jika ada segelintir melakukannya maka terpenuhlah kewajiban tersebut walau hanya dilakukan oleh sebagian umat Islam. Tetapi semuanya berdosa bila tidak ada seorang pun yang melakukannya. Dalam urusan kemasyarakatan, amar makruf nahi mungkar adalah satu hal yang digalakkan dan keperluan yang luar biasa signifikan supaya keseluruhan kehidupan dapat berjalan dengan baik.
Apakah yang makruf itu? Makruf adalah segala sesuatu yang dipandang baik oleh manusia dan diredhai oleh Allah SWT, samada ia perbuatan yang wajib maupun sunat, seperti mana ketaatan kepada Allah dan pengamalan perintah Allah. Sebagai contoh menegakkan solat, melakukan puasa, menolong orang yang kesusahan, memberikan derma atau melakukan kebajikan dan lain-lain lagi.
Pun ada bahagian yang sangat penting sebagai kembarnya iaitu hal yang mungkar itu perlu ditegah. Mungkar adalah setiap yang dipandang tidak baik oleh manusia dan tidak dibenarkan oleh Allah SWT. seperti maksiat, menyekutukan Allah, juga melakukan larangan Allah, seperti penzinaan (iya 8 kali, dalam Gubra lapan kali adalah angka ajaib untuk satu penzinaan berulang) makan rasuah, menipu rakyat, dan sebagainya.
Perlaksanaan amar makruf nahi mungkar harus dilaksanakan dengan apa jua cara, ini disesuaikan dengan banyak mana kuasa anda ada.Jika anda bapa dalam keluarga ya ahli keluarga yang melakukan mungkar harus ditegur dan digalakkan melakukan makruf. Jika pemerintah urusan makruf adalah sama pentingnya dengan pencegahan kemungkaran. Secara fitrah manusia tertarik dengan musuh abadinya iaitu iblis. Dan iblis akan bijak sekali memusing-musing kepala kita hingga kita akan mencari jalan sendiri untuk mengatakan ia benar.
Penegahan mungkar dilakukan dengan kekuatan fizik, juga dengan lidah yang sopan dan bijaksana, atau hanya dengan diam dalam penyesalan terjadinya kemungkaran, atau tidak terwujudnya hal yang makruf.
Hal ini tidak terjadi dalam Gubra, Bilal sebagai satu entiti yang mewakili institusi keagamaan meredhai jiran-jirannya duduk dalam maksiat. Betul Bilal Li tak perlu memulau Temah atau Kiah tetapi Bilal Li juga tidak boleh meredhainya dengan ikhlas tanpa rasa sesal sedikit pun. Tidak pernah dalam filem ini, walau sekali ada gambaran pencegahan di dalam hati yang paling rendah tingkatannya dilakukan. Perhatikan dialog di hadapan rumah pelacuran yang wajar dicemuh ini:
Bilal Li: Assalamualaikum, awal balik pagi ini (nota pengarang: dari melacur).
Temah : Esok pagi nak hantar Shahrin pergi sekolah. Ada pelanggan nak pun terpaksa tolak. Hai abang lambat pergi surau pagi ini? Hah rambut basah tu…
Bilal Li: (Gubra) Ah mana ada…
Temah: Kami balik dulu.
Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar diberikan syarat: (1) Bahawa jelas kemakrufan yang tidak dilaksanakan orang dan kemungkaran pula jelas dilakukan, (2) Bahawa pendakwah sedar dengan diri dan jatidirinya sebagai orang yang alim dan sesuai dengan misi amar makruf nahi mungkar yang hendak ditunaikan, (3) Pendakwah dengan itu tahu benar bahwa amar makruf nahi mungkar tersebut membawa manfaat, maslahat, serta tidak membawa madarat (4) Amar makruf nahi mungkar ditegakkan dengan bijaksana, berterusan dan penuh kesabaran, serta (5) Hal amar makruf nahi mungkar itu ditunaikan dengan ikhlas berorientasi pada keredhaan Allah SWT. Ini dilakukan demi mempertahankan keluhuran Islam dan menegakkan kalimah Allah.
Temah barangkali bernasib baik kerana mendapat hidayah dan kejutan Tuhan kerana disapa penyakit (kemungkinan HIV). Temah mencari Maz, belajar al-Quran, belajar solat dan menginsafi diri tetapi itu semua datang dari Temah. Dan ilham untuk bertaubat tentulah datang dari Allah. Manusia yang diberi hidayah seperti Temah tidak ramai, dia mencari hidayah datang.
Tetapi di pihak Maz dan Bilal Li yang tahu agama, tidak ada secuit pun rasa kesal rasa mahu mendorong dan rasa nahi mungkar tersebut ditonjolkan sebelumnya. Tidak ada. Tidak, saya tak minta mereka mengherdik pelacur-pelacur yang baik itu. Mereka agaknya memang terpaksa melacur sebab tak pas SPM atau tak ada modal untuk berniaga nasi lemak bungkus. Iyalah, kita mahu percaya mereka melacur kerana tiada pilihan lain. Tetapi sebagai sebuah naratif yang bermula dengan Bismillahhirahmanirrahim kita dikejutkan kerana Bilal Li dan isterinya bersikap tak apa dengan kerja maksiat jiran itu. Bukan sahaja tidak menegah tetapi meraikannya.Kita faham sisi kemanusiaan yang ingin disogokkan tetapi fahami pula sisi kemanusiaan yang Islam tawarkan. Ada rangka dan konsepnya. Kenapa merendahkan ayat Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini?
Ya Islam memang luhur agamanya, mak cik bertudung labuh boleh menawarkan rendang ayam buat pesakit sebelah katilnya yang muak mengunyah daging babi seperti di dalam Gubra. Siapa nafikan? Ya Malaysia memang indah kerana kita dibina dengan berbagai warna, bangsa, bahasa, masakan dan lain-lain lagi. Tetapi memaksakan Islam memahami semua persoalan itu seumpama Islam sebuah agama yang tidak cukup adalah sesuatu yang salah. Islam yang harus difahami, dihayati dan diamalkan.Islam turun untuk kita, kita yang mesti fahamkan Islam bukan menceramahkan pula Islam yang mesti memahami kita.
Sungguh ini sebuah filem yang kacau dan sungguh kerana Yasmin serta pelbagai lagi manusia karyawan filem kita terperangkap oleh definisi Barat. Kononnya filem hanyalah gambar bergerak. Dan elemen-elemen kekaguman (untuk gubra) yang penuh kepalsuan ditawarkan juga seperti pesakit yang nampak punggungnya, atau Orked yang selamba meraba puting tetek Alan yang berbulu, atau watak Arif lakonan Adlin Aman Ramli menari dengan hanya memakai tuala hampir terlucut, atau pujian jururawat India bahawa alat kelakian Pak Atan sungguh utuh dan gemilang.Ini filem Malaysia, relaks, cool…itulah yang hebatnya, agaknya?
Tidak, filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma gambar yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr Abu Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan caca marba tidak ketentuan bahasa.
Kasihan, dalam Gubra mereka mahu percaya mereka hidup dalam kebenaran tetapi orang yang berilmu melihat mereka dalam kebodohan. Seperti mana kumpulan Sisters In Islam terpekik setiap kali apabila timbul segala isu yang mereka rasa harus dimanfaatkan untuk kepentingan diri. Kita tahu mereka bahlol lagi jahil tetapi mereka rasa mereka maju, moden dan Tuhan memang memandang mereka mulia, oh ya dan mereka percaya bisikan iblis: Tuhan memandang semua orang sama.
Dan tepekkan satu kata-kata Maulana Rumi yang lari konteks setelah dikerat-kerat bait-bait terdahulunya yang lebih enam ribu itu iaitu lampu ada pelbagai tetapi cahayanya sama. Ya, gereja, masjid dan tokong ialah rumah ibadat yang sama. Tuhan satu. Tuhan sama sahaja.
Begitu? Bagaimana dengan konteks ayat Quran, untuk Kamu agama kamu untuk kami agama kami? Cuba buka tafsir terlebih dahulu dan fahami surah al-Kafirun. Inilah asas jati diri orang Islam yang telah diterap dan diturunkan awal sejak di Mekah lagi. Surah dengan 6 ayat ini adalah surah mengenai jati diri.Dan ya, boleh juga buka surah Taubah kerana ada juga jati diri orang munafik untuk kita lebih berwaspada dan hati-hati supaya tidak jadi seperti mereka.
Kalau tak reti agama jangan syarahkan agama dalam filem.Jangan rosakkan orang.
Gubra seperti tajuknya. Filem yang kacau, gugup dan ketidaktentuan hala seperti mana kefahaman dan diri pembikinnya.Dan memang ramai pengekor dan orang yang tak ketentuan jiwa menyokongnya.
Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan Bilal memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah."
Ya konsep tawakalnya begitu.Tawakal gubra.
Allah memang pengasih dan penyayang. Tetapi Allah juga ada nama-nama lain, ada sifat-sifat lain yang Allah boleh sahaja menghukum, baran dan mengingatkan dengan keras. Allah memang Maha Pengampun tetapi Dia juga tidak memberi belas kasihan. Kerana itu ada neraka sebagai tempat diazabkan. Baca asmaul husna biar habis, faham Islam biar selesai, bukan satu bahagian sahaja. Amar makruf tetapi nahi mungkar diabaikan.
Justeru, kalian memang Gubra. Janganlah membaca Rumi untuk satu bait, kemudian mendabik dada, khatamlah dahulu Mathnawi dan Diwan, dan fahamilah hubungannya dengan Tabrizi baru boleh mengeluarkan hujah di dalam filem anda. Jangan cemari ajaran kesufian dengan pendirian sesat anda ini.
Hayy Allah !
Wallahu’Alam, moga kita dikurniakan Jalan Yang Lurus yang selalu kita minta dalam solat kita itu. Moga kita dilindungi oleh sebarang kesesatan yang nyata dan juga tidak nyata.
* Ini blog saya jadi saya boleh sahaja meluahkan pandangan saya. Kalau saya tak cegah kemungkaran ini dengan tulisan maka saya mengabaikan satu kewajipan. Anda suka atau tidak, setuju atau tidak itu anda punya pasal.Hidayah seperti cahaya tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.

sEpaSanG MatA YanG CaNTiK….

April 7th, 2006 by alfaqirah-ilallah

Assalamu’alaikum….

Allahumma solli ala Muhammad….Ya nabi Allah..salamu’alaik…

>>>>SEPASANG MATA YG CANTIK<<<<

Hassan al basri sewaktu remajanya,adalah seorang bangsawan yg meawh dan suka berfoya2. Suatu hari ketike berjalan2 di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan cantik dgn sepasang mata yg sangt menarik. Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori si cantik itu.

Perempuan itu sedar ada org mengekorinya,lalu menoleh kepadanya; "Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?"

Hassan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. "nak malu pada siapa?Bukan ada org melihat." katanya.

"sekalipun pd Allah yang Maha Mengetahui khinatnya mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada," kata peremouan itu.

Hassan terkedu mendengarnya ttp kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perenpuan itu. "mengapa tuan masih mengikuti saya?"

"saya tertarik dgn dua matamu yang cantik"

"baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu" kata perempuan itu.

hassan punmenunggu dgn rasa berdebar2. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu peremuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut saputangan. " Tuan , ini tuan saya kirimkan untuk tuan."

Dgn rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah.

"Perempuan yg tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang laki2. Dia mengrirm mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambilah tuan." Menggigil tubuh Hassan Basri dgn peristiwa menyayat hati ini. semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah.

keesokkan harinya,Hassan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu talah meninggal kerana terlalu sedih akan dosanya.

Terketar2 Hassan mendengarnya, rasa bagaikan hendak tumbang. Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang dudk di taman syurga.

"Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan yang tak senonoh itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnyaduduk mulia di hadapan Allah."

Jawab Hassan " Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agr saya menjadi orang soleh."

"Bertaubatlah waktu tuan sedang bersindirian atau ketika banyak orang. Ingat ALLAH dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang beritighfarlah."

Hassan Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memilki budi pekerti yang mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Takut dgn murka ALLAH, maka sanggup di leraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki. Benarlah ayat ALLAH…tundukkanlah pandanganmu terhadap yangbuakn muhrim kerana sering berlku "panahan syaitan" di mata.

…..andai aku ini fitnah akhir zaman, aku takkan benarkan diriku di dekati lelaki….wanita itu fitnah bagi kaum lelaki…berapa ramai lelaki yang ke neraka kerana fitnah seorang wanita….seorang lelaki yg jahil boleh bertukar menjadi seorang yang soleh kerana seorang wanita…dan begitu juga seorang hamba yang ‘abid juga boleh bertukar kepada seburuk2 manusia kerana seorang manusia bernama wanita….. aku ini seorang wanita maka jauhilah diri kamu dari aku dan takutlah kamu pada ALLAH…InNi AkahfuLah….

p/s= kisah ini ku tujukan kpd yang mengenal diri ini…moga kisah ini memberi jawapan bagi semua persoaln yg timbul…jauhkanlah diri kamu dari mendekati aku…tidakkah kamu takut dgn amaran nabi…telah nyata wanita itu fitnah bg kaum lelaki…inni akhafullah. wassalaam.

iNNi Akhafullah..hei..budak adam ape criter ni..

April 4th, 2006 by alfaqirah-ilallah

Assalammualaikum buat sahabat semua…moga senantiasa dilimpahi hidayah dan kasih sayang Allah subhanahu wa ta’ala.

Alhamdulillah… baru saja selesai exam paper ke 6..syukur my Lord telah membantuku..lps ni balun lg utk 2 paper terakhir. ana curi waktu hari ni.mau kisahkan sedikit pandangan.ini melalui pemerhatian ana.

bismillah…

seorg shbt dtg jumpa ana..cerita tentang masalah hidupnya yg tak pernah surut dari masalah…biasalah tu..sebenarnya lagi banyak masalah Allah bagi, lagi terasa "nikmatnya"…kita di uji berapa tinggi tahap cinta dan kebergantungan kita pada Allah…kita di uji tahap keimanan kita…kita terpupuk untuk terus bersabar…minda dan otak kita takkan mati sebab kita akan byk fikir how to solve da probs n jln terbaik utk kawal iman kita dr tergelincir.

ok back to my fren stori…masalah dia kali ni…dia "di ganggu " oleh sorang lelaki…hmm…perkataan di ganggu tu beri maksud yg tersirat…dia ni kira tak brapa suka kalau berkawan lebih2 dgn lelaki…hmm,kisah dia ni hmpr sama lak ngan criter ana sindri… ana tak mau ulas ttg crite kwn ana banyak2, cuma ana rasa pelik lah…budak lelaki tu dia tahu tak da istilah bercinta sblm kahwin dlm islam tapi cara budak laki tu seakan-akan membenarkan perlaksanaan tersebut…ana tambah pelik bila tengok bebudak yang ngaku blajar agama tinggi2…ngaku paham agama dan hukum hakam itu ini bla bla tapi ada makwe?syok ye bercouple?..ana lagi poning bila dok nengok bebudak yg ngaku menghafal KITABULLAH…slalu kuar pg dating…mkn samer2…naik keta sesama…tapi tau lak nak stop couple bila hafalan hilang…ana garu kepala…dorang ni belajar sbb nak lulus pekse je ke?lps hbs tasmi’ or tilawah sambung couple balik…hu…poning2…ana takut je nanti org yg kurg fhman agama akan terpedaya=oo..budak tahfiz pun bercouple…dorang kan hafaz Quran yg tebal tu…ada la tu kot Allah beri izin utk berpakwe makwe…@ oo..dorg tu pandai agama…dorg takkan buat benda2 haram…so, kalu drg berkapel tu kira halal lah…pastu tambah lagila golongan berkudis kat atas bumi Allah ni…depa ni tak hingat ke naK MATI??

Hmm…ana ni pun bukannye pandai sgt…ana tahulah sikit bab agama..hukum hakam…ana pun bukan hafiz or hafizah cam korang kat luar sana..bukan ana tak mau belajar lagi…bukan malas…tapi ana takut…takut kalu banyak sangt blajar itu ini dok ngapal sana dok ngapal sini tapi amalan perlaksanaannye kureng…tu yg jadik kes budak tahfiz bercoupling..biarlah ana dalami dulu ilmu ana yg sikit ni…walaupun sedikit..tapi hikmahnye besar…insyaAllah ana belajar bukan utk lulus pekse je..hehe…bila ana puas hati dgn ilmu yg ana kuasai baru ana akan mencari lagi yg baru…terima kasih pd semua sahabat dan pakcik2 yg slalu bantu ana dlm mencari ilmu…uhibbukum fillah…dan juga Tuan Guru yg ajarannya sentiasa terpahat di jiwa nan mendalam..

ada sedikit lagi pesanan…selalunyer kaum hawa ni selalu kene tegur sebab cakap dgn suara halus pd yg bukan muhrim…but how about men??member ana sorg ni beberapa kali trime call dr muslimin…cara si hawa ni cakap dgn bukan muhrim ni bagus takdenye lemah lembut ke ape ke..si hawa ni dah tegas tp laki tu lak yg dok melunakkan suara kat si hawa ni…hai…poning la…tak perlulah nak ckp lembut2 wahai kaun adam oi..cuba la ckp tu tegas dan takde nada lembut lembik dlm berbicara…tak caye?cuba skali skala dgr budak2 lelaki ni berbual dlm phone dgn makwe depa kononnye tu..hu..lembut selembutnyelah…

ana ni pun tak tau camna nak buat dgn bebudak adam la ni…cuba la pikir lebih2 sikit…Allah kan dah kat kamu 9 akal naper tak guna betoi2…yg dok pegi melayan nafsu yg satu tu sapa suruh…iblis suruh ye?oo..korang ni besh fren dia yer?..hehe.. takdelah…cuba amik waktu skit…dok kat atas tikar sejadah…renung blk diri kita…kenapa tetiba aku asyik teringat kat si hawa jer??nak blajar susah…nak makan terlebih2…mandi selalu terlupa…nak hafal ayat kene ulang puloh kali baru ingat…dulu aku tak camni…tetiba satu bisikan dtg…engkau suka kat dia…pegilah tackle dia…borak2 ngan dia…ajak kuar makan sama…ke ape2 je la yg seangkatan dgnnya…hehe..pastu tanpa mempedulikan 9 akal yg di kurniakan pd mu…engkau terus je ikut bisikan tu…rasa cam best je ye?hoo..best ye?dok mengganggu gadis2 muslimah yg baik3 kat luar sana best ye?? tak terfikirkah olehmu bahawa Allah hanya menguji iman kamu..lalu Dia lintaskan kamu ttg wanita idaman hati kamu walhal kamu tahu kamu belum layak utk menikah…namun kamu ingat ini adalah peluang yg mesti di ambil…takpe kalu tak boleh nikah berkawan dulu..pastu couple..tak kawin2..sampai lahir anak zina…na’uzubillahi min dzalik…selalulah menyebut inni akhafullah…besar ganjarannya bagi lelaki yg menolak ajakan zina kerana rasa takut yg tinggi pada Allah…MasyaAllah…inni akhafullah…

jadikan lintasan hati sbg ujian pengukur iman kita utk meraih cinta ALLAH…ianya ujian buat kamu yg bernama Adam…jgn terikut telunjuk nafsu..amalkan segala ilmu yg kamu ada…inni akhafullah..berentilah main cintan cintun…takda paedahnya wei…kalu nak sangat nikah abis crita…Islam dan iman pun terjaga…betul tak kawan…so,stop coupling!..kalu nak sgt ade pakwe makwe bak sini dalil or hadis yg tulis or benarkan utk berpakwe makwe..ni korang ikut dalil si paderi Valentino tu saper suruh…ish2…

hm..ana ni pun byk dah tulis…rasanya tak de yg merapek…ana minta maaf andai ada yg terguris hati dan perasaan…tapi ana mmg maksudkannya pun..ye la kalau tak terasa camna nak sedar kesilapan sindri…betul tak? hehe …nasib koranglah… ana ni hawa yg kurang ilmu di dada namun apa yg ada ni ana kongsi semua…minta maaf banyak….ana tulis ni pun utk peringatan diri ana jugak…bukan pakai sedap jari je tulis ni…okey..sahabat akhirat ku sekalian..selamt berjuang..jihad dgn nafsu…ana doakan semua yg membaca blog ni sentiasa dikurnia kasih syg Allah dan moga terhindar dari fitnah akhir zaman dan fitnah wanita…wassalaam..inni AkhaFuLLAh…( ^_^ )

aku dan kamu

February 28th, 2006 by alfaqirah-ilallah

di mulai dengan basmallah…
ba’da selawat dan tahmid

pagi damai
tatkala ku buka mata
alhamdulillah ku kira jasadku masih bernadi

tatkala mentari di puncak kepala..
rakyat dunia kelihatannya bertawadhuk
masakan?
kamu berjalan tundukkan wajah…
hanya memandang tanah…
masyaAllah…
begitu bagus?
oh tidak..
oh bukan…
mahu lindungi muka dari hitam bakar…
kaget andai kulit muka mulus jadi kudis
namun tak semudah itu kamu lindungi dirimu
dari api neraka panas

ceritakan padaku bagaimana kamu lindungi kulit kamu dari percikan jahannam…itupun jika kamu mampu…
jangan sewenang-wenangnya mendabik dada tentang hukuman dan balasan ALLAH!

usah risau…
sezarah kebaikan budi akan di bilang juga nanti
usah cemas…
sezarah kejahatan lakumu tetap d’timbang akhirnya

kamu tahu apa yang aku fikirkan setiap hari?
tubuhku jadi kecut bila fikir tentang mati
bibirku membiru
rasa jantung berhenti
takut andai tika itu aku sedang lalai…
aku ini bukan ‘alimah sprt kamu…

lalu ku basahi diri dengan wudhuk
moga-moga ia dapat menyinari anggota badanku
lalu ku bentang tikar putih…
dalam doa ku hadap tangis

"ya Rabbi matikan aku dalam keadaan suci dan bersih dari dosa…ampunkan segala dosaku..maafkan daku atas semua perkara..dan…matikan aku sebagai syahidah, matikan aku sebagai syahidah,matikan aku sbg seorg syahidah…ameeen"

ku harap kalian juga mengaminkan untukku…
jangan bakhil dalam mendoakan
kelak para malaikat akan mendoakan kamu
masyaALLAH…doa para malaikat siapa tak mahu..
aku juga doakan kamu semua…
doanya rahsia..
namun yg pasti akan menyenangkan sahabat…

malam nanti..
sebelum pejam mata
perbaharui wudhukmu… juga wdk ku
perbaharui imanmu …dan imanku
perbetulkan niatmu dan…. juga niatku
pastikan malam tidurmu dalam bersih
pastikan malam ini kamu suci dari noda
pastikan kamu sujud pd pemberi nyawamu mlm ini
pastikan kamu taubat nasuha dalam sujudmu itu
mengapa pula??
rencana Tuhan
mungkin kamu bisa bertemunya pd malam ini…
untuk selamanya
siapa tahu kan??
tentunya si DIA lebih ‘Ariff dan Maha Tahu

" fa bi ayyi alaai Rabbikuma tukadziban…"
Wallahu a’lam.

~~ "pemilik 2 cahaya mata" selagi 2 mata ini masih mampu melihat….

saat2 kematian mendatang menghimpit diri

February 18th, 2006 by alfaqirah-ilallah

Di mulakan dgn Nama Tuhan Yang Menciptakanku serta selawat dan salam buat Rasulullah tercinta.

ana cuma nak kongsi sedikit dengan sahabat semua bab2 kematian…

sebenarnya ana baru saja attend program kem ibadah…bebudak yang satu course sumer ade la tadi. pengisiannya quite ok, tapi yg paling ana suka adalah bab pengurusan jenazah. waktu ustaz tu nak tunjuk cara2 memandikan mayat…ana teringat pada arwah makcik ana,orang pertama yang ana mandikan (hatta hanya disuruh mandikan bahagian kaki sahaja)…dan waktu ustaz tu tunjukkan cara2 untuk mengkapankan mayat, ana teringat waktu ana mengajar arwah moyang ana mengucap kalimah suci pada waktu getir saat tiba nazaknya…waktu tu hanya ana sorang saja ada di rumah..dan sebaik selepas tu arwah kembali kepada Rabb…masih terbayang2 lagi saat2 sukarnya tatkala Malaikat datang mengambil nyawa arwah…ana menangis di sisinya…(walaupun ana ketika itu seorang yang sgt keras hati dan paling susah nak nangis).ana rasa takpuas lagi untuk berbakti pada arwah moyang ana…namun ajal dan maut di tgn Allah semata…

kemudian..di waktu ustaz melakonkan bagaimana cara utk mengucup si mati ana hampir2 mahu menangis kerana terkenangkan insan yang paling ana sayang dan sangat rindu sampai sekarang…iaitu arwah adik ana…A’immatul Iffah…nama yang mampu menggugah jiwa ana..di saat2 nazaknya ana sempat membacakan surah yassin buatnya…kemudian,ana sekali lagi di suruh untuk mengajar arwah mengucap dua kalimah suci kerana bonda ana menyatakan arwah seakan2 menunggu ana untuk mengajarkannya menyebut syahadah…waktu itu sbenarnya ana sedang jadi committee utk Ta’aruf Week prog..atas belas kasih dan terharu mdm Abbazaimah suruh 2 org commttee hntar ana ke hosptal…memang waktu tu sangat sedih dan menghibakan…ana dapat lihat tanda2 kebaikan pada arwah di saat sakaratul maut…dahinya berpeluh…ana cium dahinya…kedua matanya basah…ana sapu dengan lembut agar tidak menyakitinya…dan hidungnya sedikit lebar…menampakkan ketenangan dan kemudahan buatnya untuk kembali ke sisi Sang Penciptanya…perginya dia dengan keadaan yang amat tenang..tiada noda apatah lagi noda terpalit di tubuhnya…senyuman terukir indah tatkala memandikan jenazahnya…dan awan memayungi jenazah di kala waktu memakamkannya…Subhanallah…MasyaAllah…Allahu Akbar…sungguh bertuah adikku itu…bisa bertemu Allah di syurga abadi…masakan tidak? arwah di saat di talkinkan cuma berusia sembilan saja…tanda2 pun sudah di beri tunjuk..lega hati ana…biarlah dia bersama kekasihnya disana…kerana itu yang terbaik untuknya…

Bagi kita yang masih di sini…bisakah atau layakkah mendapat nikmat seperti itu di saat kita mati nanti???ana sendiri mengharapkan sebegitu…buat diriku dan sahabat2 sejatiku moga malam2 hari tidurmu dan matimu dalam keadaan suci kerna Dia sukakan yang bersih dan sangat sayangkan yang suci….

Wallahu’alam…